Saturday, August 7, 2010

Rental car in kuantan-Zunia Maju enterprise

Assalamualikum...

Fuh...dalam kesibukn orng mencari perniagaan yg sesuai untuk mase skrng . Dah tentulah mencari perniagaan yg paling menguntungkan..ade yg jual emas,jus jambu..macam2 r..dan alhamdulillah masyarakat sekarang dah bukak mata 9/10 pendapatan adalah peniagaan....so aku dengan selamber je mengambil perniagaan antara yg berisiko paling tinggi r...buat kete sewa kat area kuantan..dengan bermodalkan pay slip gaji yg x seberapa g wat laon beli kete sblh nie lah..hehehe...mujur lepas loan tambah skit ja duet..
Dalam mase 3 bulan aku tambh lagi 2 kete...1 kete bini.(viva).1 g abg iparnye..ayt power r smpi dia berani bg kete dia....tpi x smpi 6 bulan dia ambik balik sbb exciden...itulah risiko biz nie...sbb driver tukar2...thoh lah apo yg cube aku coretkan disini..hehehe..kire just promote biz aku lah nie....sesiapa perlukan kereta sewa di area kuantan leh r call aku..kena sediakn beberapa dokumen lah..
ok andainya suatu hari nnti korng terbuka hati nak wat biz.nie..carilah ilmu secukupnye...dptkan bimbingan kawan2 dan org berpegalaman..kire klu dpt wat biz laen yg lagi bagus.watlah yg laen lu..Bkn nk potong semangat tpi ikut sjrah aku aku r...skrng 3bijik kete duk workshop exiden..hehehe..nsb aku kuar kete sejibik g...ade modal besor jual emas ke..
dalm rm40k ja..modal...leh wat loan ma...eh nie promote biz bpk2 sedara nie..leh bahang komisen dok nie..hehehe..yg penting dalm apo saja yg korang buat..usaha tangga kejayaan....usaha + doa =kejayaan...dan..jgn ade erti putus asa...klu jatuh..bgun balik...isyaAllah ade jalan...klu xdok jalan....call JKR suh wat jalan..hehehe

ckp r wat rini...ape2 yg buruk itu ats kesilapn manusia dan yg baek itu datang dari Allah....amin.....selamat menyambut ramadhan jugak kepada semua umat Islam..

thank
Apek
Marketing
Zunia Maju Enterprise
usahasama-Adik Auto workshop..

Wednesday, February 10, 2010

belia felda rais RM11000 sebulan..

assalamualikum...

Dah lame aku menyepi..namun lepas bace paper sinar harian betarikh 11/02/2010..buat aku tetarik nk masukn dlm blog aku..dan tros2 mncari bahan lagi..wlupong skrng aku sangat sibuk uruskn biz sewa kereta gan ayam kampong dan catering skit..dan juga family(dah khwin aku..hehe)....ok2...terlebih sudah....korng bace petikan ini...

:KUANTAN – Berbudi pada tanah, banyak untungnya. Itulah ungkapan paling sesuai seorang belia Felda Lepar Hilir 1 yang mengusahakan tanaman cili secara fertigasi di tanah berkeluasan satu hektar sehingga mampu meraih pendapatan kira-kira RM11,000 sebulan. Usaha Faris Abdul Hakim, 31, bersama isteri Nor Syahidah Sulaiman, 27, dianggap berbaloi kerana hasil tanaman cili kulai dan semerah mampu dipasarkan kira-kira 380 kilogram setiap kali pengeluaran. Faris berkata, usaha yang dimulakan sejak dua tahun lalu menerusi sokongan Felda, isteri dan keluarga memberikan hasil setimpal dengan kejayaan yang dikecapi dan menjadi salah seorang pelopor dalam kalangan belia yang terbabit dalam bidang pertanian di sini. Menurutnya, usaha berdasarkan minat dalam bidang itu tidak akan berjaya tanpa pinjaman kewangan dari bank, di samping mengeluarkan wang sendiri untuk merealisasikan impiannya menjadi usahawan tani. “Felda sedia satu hektar tanah tidak ekonomik untuk tanaman kelapa sawit dan sesuai digantikan dengan tanaman lain. “Sokongan 110 peratus diberikan Felda digunakan sebaiknya. Sejak dimulakan November tahun lalu, ia berikan hasil lumayan kepada saya. “Saya bermula dengan modal RM55,000 iaitu pinjaman bank RM30,000 manakala selebihnya duit tabung saya, isteri dan keluarga. Semua usaha saya tidak sia-sia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Katanya, selepas melihat potensi bidang pertanian, dia dan isterinya sanggup berdepan risiko dengan berhenti kerja semata-mata memberi tumpuan kepada tanaman cili. “Saya bekas pekerja syarikat telekomunikasi manakala isteri bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kami berhenti kerja semata-mata untuk memberi tumpuan kepada usaha dirancang agar ia berjalan lancar. “Semuanya terbukti bahawa berbudi pada tanah tidak rugi. Saya akan teruskan projek ini, di samping beberapa projek berskala kecil lain. Dalam masa sama, saya gunakan ilmu ini untuk dikongsi bersama belia lain di sini,” katanya. Sementara itu, Pengurus Felda Lepar Hilir 1, Izham Ramli berkata, belia Felda sentiasa diberikan galakan untuk mengusahakan pertanian di tanah milik Felda yang tidak ekonomik bagi tanaman kelapa sawit. Beliau berkata, saranan itu bersesuaian dengan hasrat kerajaan iaitu menjadikan Felda sebagai Gedung Makanan Negara dan peluang itu seharusnya diambil belia, selain pengurusan Felda sentiasa bersedia hulurkan bantuan dan sokongan. “Kejayaan Faris harus dijadikan teladan kepada belia Felda lain. Masih banyak tanah di tanah rancangan untuk diusahakan tanaman kontang. “Cuma Felda perlukan belia yang betul-betul berminat, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja,” katanya.

ha...manarik kan petikan itu..yg lebih menarik..orng kampong aku..tu..hehe..wlupong aku xknl..blk nie....ladang dia r tmpt pertama aku nk sngah...huhu..xsabornye..
itu baru skit...so..aku sarankan kepada anak2 felda...ambillah peluang yang ada kat felda2 korang untuk mulakan..ape2 perniagaan..terutama...pertanian...dimana ade kemahua dicitu ada jalan....insyaAllah............