Saturday, August 7, 2010

Rental car in kuantan-Zunia Maju enterprise

Assalamualikum...

Fuh...dalam kesibukn orng mencari perniagaan yg sesuai untuk mase skrng . Dah tentulah mencari perniagaan yg paling menguntungkan..ade yg jual emas,jus jambu..macam2 r..dan alhamdulillah masyarakat sekarang dah bukak mata 9/10 pendapatan adalah peniagaan....so aku dengan selamber je mengambil perniagaan antara yg berisiko paling tinggi r...buat kete sewa kat area kuantan..dengan bermodalkan pay slip gaji yg x seberapa g wat laon beli kete sblh nie lah..hehehe...mujur lepas loan tambah skit ja duet..
Dalam mase 3 bulan aku tambh lagi 2 kete...1 kete bini.(viva).1 g abg iparnye..ayt power r smpi dia berani bg kete dia....tpi x smpi 6 bulan dia ambik balik sbb exciden...itulah risiko biz nie...sbb driver tukar2...thoh lah apo yg cube aku coretkan disini..hehehe..kire just promote biz aku lah nie....sesiapa perlukan kereta sewa di area kuantan leh r call aku..kena sediakn beberapa dokumen lah..
ok andainya suatu hari nnti korng terbuka hati nak wat biz.nie..carilah ilmu secukupnye...dptkan bimbingan kawan2 dan org berpegalaman..kire klu dpt wat biz laen yg lagi bagus.watlah yg laen lu..Bkn nk potong semangat tpi ikut sjrah aku aku r...skrng 3bijik kete duk workshop exiden..hehehe..nsb aku kuar kete sejibik g...ade modal besor jual emas ke..
dalm rm40k ja..modal...leh wat loan ma...eh nie promote biz bpk2 sedara nie..leh bahang komisen dok nie..hehehe..yg penting dalm apo saja yg korang buat..usaha tangga kejayaan....usaha + doa =kejayaan...dan..jgn ade erti putus asa...klu jatuh..bgun balik...isyaAllah ade jalan...klu xdok jalan....call JKR suh wat jalan..hehehe

ckp r wat rini...ape2 yg buruk itu ats kesilapn manusia dan yg baek itu datang dari Allah....amin.....selamat menyambut ramadhan jugak kepada semua umat Islam..

thank
Apek
Marketing
Zunia Maju Enterprise
usahasama-Adik Auto workshop..

Wednesday, February 10, 2010

belia felda rais RM11000 sebulan..

assalamualikum...

Dah lame aku menyepi..namun lepas bace paper sinar harian betarikh 11/02/2010..buat aku tetarik nk masukn dlm blog aku..dan tros2 mncari bahan lagi..wlupong skrng aku sangat sibuk uruskn biz sewa kereta gan ayam kampong dan catering skit..dan juga family(dah khwin aku..hehe)....ok2...terlebih sudah....korng bace petikan ini...

:KUANTAN – Berbudi pada tanah, banyak untungnya. Itulah ungkapan paling sesuai seorang belia Felda Lepar Hilir 1 yang mengusahakan tanaman cili secara fertigasi di tanah berkeluasan satu hektar sehingga mampu meraih pendapatan kira-kira RM11,000 sebulan. Usaha Faris Abdul Hakim, 31, bersama isteri Nor Syahidah Sulaiman, 27, dianggap berbaloi kerana hasil tanaman cili kulai dan semerah mampu dipasarkan kira-kira 380 kilogram setiap kali pengeluaran. Faris berkata, usaha yang dimulakan sejak dua tahun lalu menerusi sokongan Felda, isteri dan keluarga memberikan hasil setimpal dengan kejayaan yang dikecapi dan menjadi salah seorang pelopor dalam kalangan belia yang terbabit dalam bidang pertanian di sini. Menurutnya, usaha berdasarkan minat dalam bidang itu tidak akan berjaya tanpa pinjaman kewangan dari bank, di samping mengeluarkan wang sendiri untuk merealisasikan impiannya menjadi usahawan tani. “Felda sedia satu hektar tanah tidak ekonomik untuk tanaman kelapa sawit dan sesuai digantikan dengan tanaman lain. “Sokongan 110 peratus diberikan Felda digunakan sebaiknya. Sejak dimulakan November tahun lalu, ia berikan hasil lumayan kepada saya. “Saya bermula dengan modal RM55,000 iaitu pinjaman bank RM30,000 manakala selebihnya duit tabung saya, isteri dan keluarga. Semua usaha saya tidak sia-sia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Katanya, selepas melihat potensi bidang pertanian, dia dan isterinya sanggup berdepan risiko dengan berhenti kerja semata-mata memberi tumpuan kepada tanaman cili. “Saya bekas pekerja syarikat telekomunikasi manakala isteri bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kami berhenti kerja semata-mata untuk memberi tumpuan kepada usaha dirancang agar ia berjalan lancar. “Semuanya terbukti bahawa berbudi pada tanah tidak rugi. Saya akan teruskan projek ini, di samping beberapa projek berskala kecil lain. Dalam masa sama, saya gunakan ilmu ini untuk dikongsi bersama belia lain di sini,” katanya. Sementara itu, Pengurus Felda Lepar Hilir 1, Izham Ramli berkata, belia Felda sentiasa diberikan galakan untuk mengusahakan pertanian di tanah milik Felda yang tidak ekonomik bagi tanaman kelapa sawit. Beliau berkata, saranan itu bersesuaian dengan hasrat kerajaan iaitu menjadikan Felda sebagai Gedung Makanan Negara dan peluang itu seharusnya diambil belia, selain pengurusan Felda sentiasa bersedia hulurkan bantuan dan sokongan. “Kejayaan Faris harus dijadikan teladan kepada belia Felda lain. Masih banyak tanah di tanah rancangan untuk diusahakan tanaman kontang. “Cuma Felda perlukan belia yang betul-betul berminat, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja,” katanya.

ha...manarik kan petikan itu..yg lebih menarik..orng kampong aku..tu..hehe..wlupong aku xknl..blk nie....ladang dia r tmpt pertama aku nk sngah...huhu..xsabornye..
itu baru skit...so..aku sarankan kepada anak2 felda...ambillah peluang yang ada kat felda2 korang untuk mulakan..ape2 perniagaan..terutama...pertanian...dimana ade kemahua dicitu ada jalan....insyaAllah............

Tuesday, August 4, 2009

FAMA..

Lagi petikan akbar harian metro-3 0gos 2009-isnin...Lembaga Pemasaran pertanian persekutuan (FAMA) akan mewujudkan 1000 kedai rakyat di seluruh negara yang akan dilancarkan mulai bulan depan dalam usaha melahirkan lebih ramai usahwan tani.
Pengerusi fama ,datuk Badruddin Amiruldin,berkata usaha itu akan memberi peluang kepada petani dan pengusaha industri kecil (iks)memasar dan membekalkan pelbagai produk makanan termasuk hasil pertanian..
Beliau berkata ,selain menjual produk runcit .kedai rakyat juga akan bertindak sebagai pusat pengumulan dan jualan hasil pertanian dan makanan untuk individu yang berminat terutama di luar bandar memasarkan hasil mereka.
"kami akan melantik peraih yang berpegalaman membeli serta mengumpulkan hasil pertanian dan makanan ini sebelum dikumpulkan di kedai rakyat...

ha..lagi satu petikan yang mendorng kita untuk memulakan perniagaan...modal dah ada..pasaran pun tak perlu risau..tunggu apa lagi..mulakanlah perniagaan anda...
saya yakin pihak fama akan membantu dalam pemasaran produk2 yang kita hasilkan...
untuk memudahln lagi...pergilah ke pejabat Fama sebulan atau lebih...sebelum hasil2 kita dituai atau mengeluarkan hasil....ini akan memudahkan lagi pihak fama untuk mancari pasaran..harga juga amat berpatutan dan boleh dirunding..khidmat nasihat juga akan diberi...
ingat..peribahasa...kalau tidak dipecahkan ruyung mana dapat sagunya...klu kita tidak mencuba mana tahu hasilnya..

AGROBANK...........

PETIKAN harian metro isnin 3 0gos 2009 -agrobank menawarkan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) dalam bidang pertanian dan industri asas tani yang memerlukan modal ,mendapatkanya menerusi skim mikro pakej rangsangan ekonomi yang mempunyai dana 300 juta.
Pemangku pengarah urusan agrobank ,Ahmad Said,berkata pinjaman tanpa penjamin dan cagaran itu ,menawarkan pinjaman maksimum RM50,000.00 bagi kategori pengeluaran utama makanan manakala kategori pemprosesan ,pemasaran dan perniagaan sehingga RM20,000.00.
Sejak dilancarkan tahun lalu ,masih terdapat RM200 juta untuk diberikan kepada mereka yang memerlukn modal untuk projek berkaitan.
ringkaskan...agrobank juga menyediakan khidmat masihat kepada mereka yang mahu mendapatkan pinjaman serta membuat pemantauan pretasi kemajuan projek yang dilaksanakan bagi memastikan mereka berjaya...

ha...itu ringkasan dari berita..nk berita penuh bolehlah beli akbar harian metro dikedai2 berdekatan gan anda..hehehe..iklan lak...ok ape yang nk ditekankan disini...kita sering ditakutkan untuk memulakn perniagaan dengan alasan 'tiada modal'...skit2..alasan..alasan skit2..hehe..bile kita nak maju...
Dengan inisiatif yang kerajaan beri nie...melalui agrobank..haruslah kita ambil kesempatan merebut peluang ini..atau dlm bahasa inggerisnya..'grab the opunity'..baru gempak...
dan tidak akan ade lagi alasan tiada modal..aku pong sebelum ini berfikiran yang sama..namun setelah menghantar adik aku untuk uruskan pinjaman nie...di agrobank di kuantan..wah..begitu mudah...klu kita tidak tahu pihak bank akan membntu memberi penerangan...
ape yg dimklumkan dana ini adalah untuk gologan2 belia...pihak agrobank membantu dalam pegurusan kewangan..dan bg melaksanakn projek2 pihak belia akan turun sendiri melihat tapak projek yang sudah dijalankan atau baru nak dijalankan...ini menunjukn komitmen pihak kerajaan untuk membantu usahawan baru....
so...tgu ape lagi...jom lah ke agrobank...
selamat mencuba.....pertanian adalah perniagaan...

Sunday, July 26, 2009

Tanaman serai peha ayam..





-Assalamualaikum..sebut je pasal ayam...teringat lak aku sejenis ayam yang bukan ayam...eh ape aku ngarut nie...hehehe...ni lah pasal serai peha ayam...name ayam je tapi bukan ayam lah kan...name ini diberi mungkin kerana bentuk serai ini seperti kaki ayam kot..so gemuk lah skit...hehe....ok lihat pada gambo yg aku papar diatas nie...bukan pokok lalang ye....nie adalah sejenis serai peha ayam....projek yang seluas 3 hektar tu....wah besor gak...diusahakan oleh seorng anak felda lepar hilir 2,empunye milik bernama en.firdaus..adalah rakan sekelas aku dulu...mase skool dulu tak expose kan diri sangat..dan sekarang dengan berani dia melaburkan hampir rm2o ribu untuk projek ini...kire besar gak lah untuk usahawan kecil...dah lah pki duet sndiri g tu..cayalah pidos....tapi dia juga dibantu oleh abg iparnya....dan seorng pekerja indonesia..kije2 projek ini dimulakan dengan membersih kwasan hutan berhampran rumahnya...sbb itulah kosnye menjadi agak tnggi...namun....dengan beberapa kali tuai sahaja boleh pulang modal lah....klu tanye pasal ayam leh r aku terang skit..tapi pasal serai peha ayam..aku tau isi dalm tomyam je..hehehe..dok pong paprik....hehehe..en.firdaus ade menceritakan sedikit tentang serai inie...iya boleh ditanam bebas dimane2 sahaja mengikut kesusaian tanah..tak perlu pnjagaan rapi sangt lah..cukup kot 1 minggu sekali tapi makin dijaga makin bnyk lah hasilnye...klu dok jaga dalm 3 bulan pun boleh...namun kena beza lah antara lalang gan serai..hehehe...tempoh tuaian serai ini adalah 6 bulan...so klu nk wat projek ini kena lah buat 6 peringkat baru tiap2 bulan masyuk....untuk siraman pulak...en.firdaus masih mengunakn sistem manual iaitu menyedut air di kolam berhampiran...dan siram cam biasalah..tiada lagilah sistem fully auto yang kebnyakan digunakn di beberapa buah negara maju...huhu...mungkin di masa depan dia akan buatlah kot....huhu...untuk perancangan masa depan dia akan teroka lagi tanah selaus 8 ekar berhampiran ladang tersebut...wah...makin besar periuknya...makin bnyaklah nasinya....pepehal en.pidos....selamat berjaya dan jangan putus asa....hehehe..

Thursday, July 23, 2009

USAHAWAN PERTANIAN......

fuh ..hari ini sudah 24 julai 2009 bersamaan 2 syaaban,sudah 3/4 dari bulan julai dan biasanya malam yang dinanti oleh pekerja2 makan gaji macam saye..hehehe..esok gaji ma...mulalah nak pikir ape nk beli esok...xcukup sokmo pitih...hehe..so kena pikirlah macammana nak buat duet lebih...nak berniaga apo?????????.......--

PETIKAN dari pendana menteri malaysia ke 5..tun Abdullah bin haji Ahmad Badawi...pertanian adalah perniagaan..jika aktiviti pertanian diusahakan secara bersunguh-sunguh ,ia boleh menjadi satu sumber kekayaan yang kukuh dan besar...maknanya usahawan pertanian boleh menjadi usahawan jutawan yang berjaya dengan usaha yang tinggi..ingat!....usaha tangga kejayaan........
dan kita juga perlu tabah dan semangat untuk menceburi bidang pertanian ini....berani mencuba sesuatu adalah amat baguih daripada hanya melihat atau tidak membuat ape2 tindakan.....
-panjang lak ayat...hehe...zaman sekarang andai kita takut dan tidak yakin untuk meceburi bidang ini...kita boleh rujuk dimana2 agensi kerajaan yang ada...contohnya...FAMA,MARDI,TEKUN,PELADANG...dan banyak lagi...termasuklah felda...
yang menyediakan skim SIUF...untuk membantu usahawan2 felda....so tunggu ape lagi banyak sudah kerajaan ingin bantu kita..hanya kita sahaja yang perlu membuka minda...
kalau nak lagi senang dan nak dapatkan idea ape perniagaan nak buat...hubungi saye pong boleh..insyaAllah boleh bagi sedikit ilmu yang ada untuk dikongsi bersama...walaupong tidak seberapa...bersatu kita tenguh bercerai kita roboh....aduh...bermadah lak..hehehe..

ha..untuk anak2 felda pulok.....dah comfirm mak bapak korang ada tanah 10 ekar seorang...dan yang lagi baguih ade tanah lebihan felda yang ade hak milik persendirian...so mulakan lah perniagaan pertanian..huhu..chayok2...chayok...
-ade juga usaha felda membantu dengan adenye beberapa program...seperti ...asas tani....edible garden...dan bnyak lagi..untuk keterangan lanjut leh r layari..www.felda.net.com.my...
pe lagi ank2 felda...nak seribu daya tak nak seribu dalih.....adeh..madah g..
biar saranan perdana menteri kita ingin jadikan 'felda gedung makanan negara 'tercapai..

so...pikirlah..........

insyaAllah..........

Wednesday, July 22, 2009

tukang gunting...



  • -kedai gunting rambut sunny yang terletak di sungai isap kuantan.

-Berpandukan gambar...dah tentu tahu ini adalah kedai gunting rambut..bukan kedai mamak ye..pemilik dia pung bukan mamak...jangan marah en.sunny ye..hehehe.sunny atau name sebenarnya en...(aduh lupo tanye name betul dia)di besarkan di felda keratong 2..huhu..juga anak felda..telah berhijrah ke bandar kuantan sebagai mat rempit(samseng jalanan) bukan datang nak berlumba tetapi mencari sedikit rezeki..untuk menyara hidup dan bayor installment motor lah..dia sebelum nie berkerja di kedai perobot di segamat yang pemiliknya seorang cina.dah muke hemsem cam sunny nie(leh gunting free r pahnie) mestilah seorng perkerja yang disayangi tapi sebab dia rajin lah...dan dari citu cina itu banyak memberi nasihat kat dia untuk majukan diri..dari mat rempit jadilah yang ok skitlah..kire ade kerjayalah..banyak membuka minda dia..dan berlajar sedikit mengenai perniagaan..

-ha..dah ade semangat tu lah..dia blah pergi ke kuantan dengan sedikit kemahiran mengunting rambut..dia beranikan diri untuk bukak kedai gunting dekat sungai isap dengan bermodalkan duet simpanan...cayalah sunny..semangat macam inilah yang kita mahu untuk anak2 muda zaman sekarang tidak semestinya buka kedai gunting..ape3 perniagaan yang kita minat dan ade kemahiran insyaAllah boleh berjaya..ape yang penting kerjasama..wondepet..eh..silap..DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN..

ok..sambung balik cerita si tukang gunting tadi...setelah lebih 6 tahun dia berkecimpung dalam perniagaan ini..kini kehidupan mat rempit dia sudah berubah sama sekali,sudah memiliki rumah corner lot,kereta wira berkuasa turbo..makan asap lah mat2 rempit..bini?hehe..anak dah soranglah..dan lebih membangakan kini kedainya mempunyai 2orang pekerja juga anak2 felda mengambil sub kontrak gunting rambut dikedainya..ok lah tu...slow2 naek ma...boleh bantu kwan2..yang aku tahu khairul anak buahnya orng felda kota gelangi..tapi xpstilah kota gelangi berapa..yg penting ade inisiatif...memajukan diri....chayok2..chayok2...selain itu...kedai ini memiliki lebih dari 100 orang regular customer..kire palangan tetap lah..termasuk lah aku..huhu walaupung duduk terenganu pegi je gunting dgn sunny..

-dalam gambo di atas yang mengunting itulah en.sunny..dan yang digunting hemsem bergaya tu akulah..huhu..mulut terkumat-kamit menceritakan e-market kepada sunny..dan sunny pong sibuk citer pojek2 dia kat kampung..biasalah..pertanian adalah perniagaan...kadar gunting rambut di kedai sunny hanya RM6 untuk dewasa..berminat boleh hubungi teros..019-9004904-sunny..

-biarkan rambut anda sentiasa kemas dan bergaya................................